Kupu-kupu cantik,

Kamis, 07 April 2011

Memory,07 april 2011


Akhi..

maafkan aku..

Aku tidak tahu apa reaksimu apabila mengetahui aku mencoretkan sesuatu disini.. Sesuatu yang aku kira bisa menimbulkan marahmu. Maafkan aku karna aku belum bersedia untuk berkongsi semua ini. Bukan karna aku tak cinta padamu, salah akhi....tetapi karna aku ingin menulis sesuatu yang aku rasa amat perlu untuk aku tulis...

Akhi...

Terima kasih...hanya itu yang ingin aku ucapkan...Kehadiranmu dalam hidupku sungguh bermakna.  Adakah kau masih ingat bila aku mengatakan yang aku bersyukur sangat-sangat dapat kenal dan berjumpa denganmu?
Kamupun membalasnya, "Ucapkanlah rasa syukur itu pada Allah SWT".. Aku tersenyum.. Aku sentiasa mengucapkan rasa syukur itu..setiap hari.. Dalam setiap solatku, aku sentiasa mendoakan kita. Senantiasa mendoakan agar kamu adalah jodohku yang terbaik. Yang mampu membahagiakan ibu dan ayahku. Aku senantiasa mendoakannya akhi...Setiap saat..Andai kamu tahu...

Akhi...

Maafkan aku sekiranya aku banyak menyakitkan hatimu. Aku akui aku seorang gadis yang kadang susah mendengar kata. Aku akui aku seorang gadis degil. Tapi adakah kau tahu akhi, dalam setiap kedegilanku ada kelembutan...Dalam setiap marahku, ada ketenangan..

Akhi...

Tipu  jika aku katakan aku tiada langsung sifat cemburu. Aku cemburu bila kau diminati orang.. Aku cemburu bila kau disebut oleh perempuan lain. Aku tahu akhi walaupun aku berada jauh darimu.. aku ingin kau tahu, setiap masa aku mempercayaimu.. Hanya itu yang mampu aku ucapkan..



Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu..,
tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu..,
tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamamu..,
namun ada yang terbaik dalam memori hidupku 
karna ada kebaikan dan pengorbananmu..